top of page
Bridals Accessories
Majlis Ijab & Qabul
Sabtu | 18 Mei 2024
The One Event, Puncak Alam

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ

Dengan izin Allah S.W.T ke atas hamba-Nya yang merancang, kami

Pihak Pengantin Perempuan:

Ameer Firdaus Bin Redzuan

(anak kepada Almarhum Redzuan B. Mohamed Dawood)

 

Siti Rosnani Binti Jailani

Pihak Pengantin Lelaki:

Suhaimi Bin Ibrahim &

Noorliza Binti Zeen

Dengan segala hormat dan penuh kesyukuran menjemput Dato'/ Datin/ Tuan/ Puan/ Encik/ Cik ke majlis perkahwinan anak-anak kami yang dikasihi:

ASP03914.JPEG

Muhammad Zulkarnain & Asmalia Redzuan

Story

Butiran

0 DAYS TO THE EVENT
Masa
18 Mei 2024, 10:00 PG – 2:00 PTG
Tempat
The One Event, Puncak Alam,
No 1, 11/11A, Persiaran Hill Park, Bandar Hillpark, 42300 Puncak Alam, Selangor, Malaysia
Details

Peta ke Lokasi Majlis

Directions

Perjalanan Kisah Kami

Disember 2022:

  • Diperkenalkan oleh kenalan-kenalan dan abang Asmalia, Ameer Firdaus. 

  • Perkenalan secara ringkas yang sekadar hanya bertegur sapa serta bertukar pandangan tentang hal yang saling minati. 

  • Asmalia dan Zulkarnain telah mula memendam perasaan antara satu sama lain.

Januari 2023:

  • Asmalia memberitahu tentang perasaannya terhadap Zulkarnain kepada abang dan kakak iparnya serta kenalan-kenalan mereka secara rahsia. 

  • Kenalan memberitahu perihal itu kepada Zulkarnain di khayalak semua. Ada yang terkejut, ada juga yang gembira serta menggalakkan lagi hubungan mereka. 

  • Zulkarnain bertanya melalui Whatsapp apakah benar yang dinyatakan oleh kenalan mereka, lalu Asmalia memberitahu secara terang tentang perasaannya terhadap Zulkarnain. 

  • Bermulalah perkenalan mereka apabila Zulkarnain memberitahu tentang perasaannya juga terhadap Asmalia. 

Mac 2023:

  • Asmalia - Zulkarnain saling mengenali bersama-sama keluarga masing-masing, dan mendapat restu daripada kedua pihak keluarga. 

Julai 2023:

  • Pertunangan Asmalia dan Zulkarnain dilangsungkan. 

Kisah Kami

Pinang dikacip, sirih dijunjung, 

Janji diikat tanda berkenan, 

Sunnah diikut adat disanjung, 

Impian dan hajat kini disempurnakan. 

Inai dijari nampak berseri, 

Bersatu kasih raja sehari, 

Undangan kami setulus hati, 

Harap sudi datang menyeri.

Kami sekeluarga amat berbesar hati menerima kehadiran Tuan/Puan untuk merealisasikan ikatan dua hati yang bertakhta adat dan bersendikan Sunnah Rasulullah mendirikan ikatan kasih pertemuan dua hati. 

"Ya Allah, satukanlah hati kedua mempelai ini seperti Engkau satukan hati Adam dan Hawa, dan Muhammad SAW dan Siti Khadijah. Semoga Engkau memberkati dan menghimpunkan dua mempelai ini kebaikan dan keberkatan di dunia dan akhirat. Aaminn"

bottom of page